
Kebun Rasa Sayang @ Perai
Kebun Rasa Sayang @ Perai
From rubbish and rubble to regenerative community farm
Daripada sampah dan runtuhan kepada ladang komuniti yang lestari.
Bridging The Gap
Merapatkan Jurang

An aerial view of the space after a Gotong Royong Pemandangan Udara Ruang Selepas Gotong-Royong
The Space Ruang Ini
In Seberang Perai, many abandoned or underutilised lots - whether privately owned or council property - sit idle, often becoming dumping grounds. One such plot in the neighbourhood of Kampung Main Road was no different. Filled with rubble, construction debris, layers of discarded waste, and overgrown with weeds.
Di Seberang Perai, banyak lot yang terbiar atau tidak dimanfaatkan sepenuhnya – sama ada milik persendirian atau milik pihak berkuasa tempatan – dibiarkan kosong dan sering menjadi tempat pembuangan sampah. Salah satu lot tersebut terletak di kawasan Kampung Main Road. Kawasan ini dipenuhi runtuhan, sisa pembinaan, lapisan sampah sarap yang dibuang, dan semak-samun yang tidak terurus.

The soil was poor, covered in weeds, grass, construction debris & rocks Tanah yang tandus, dipenuhi lalang, rumput, sisa pembinaan dan batu-batu
The Challenge Cabaran
Sri Sangar, Chairman of the Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perai, had long envisioned something better. When his efforts to secure food supplies from local food banks for the community fell short, he wondered if the space could be turned into a food garden for the benefit of the community.
Sri attempted to raise funding for the idea but found that many potential funders were not receptive due to the poor soil and lack of a consistent water source. He and his core team at MPKK Perai needed the expertise of those who had successfully turned dormant spaces into flourishing edible gardens.
Encik Sri Sangar, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perai, telah lama mengimpikan sesuatu yang lebih baik. Apabila usahanya mendapatkan bekalan makanan daripada bank makanan tempatan untuk komuniti tidak berhasil sepenuhnya, beliau mula terfikir sama ada kawasan itu boleh dijadikan kebun makanan untuk manfaat penduduk setempat.
Sri cuba mendapatkan dana untuk merealisasikan idea tersebut, namun kebanyakan penyumbang berpotensi kurang yakin disebabkan keadaan tanah yang tidak subur dan ketiadaan sumber air yang tetap. Beliau bersama pasukan teras MPKK Perai memerlukan kepakaran mereka yang pernah berjaya mengubah kawasan terbiar menjadi kebun makanan yang subur.

Cultivate Central team member, Adam, sharing the potential of soil rehabilitation Ahli pasukan Cultivate Central, Adam, berkongsi potensi pemulihan tanah
The Cultivate Central Team Pasukan Cultivate Central
Meanwhile, Cultivate Central’s Urban Permaculture Pockets team in Penang was looking for ways to share their experience in shaping urban landscapes using permaculture principles and design. The goal? To show that neglected, dormant, or underutilised urban land could be regenerated into thriving food gardens, reimagining urban spaces as food commons where people could come together to grow, cook, and create.
Dalam masa yang sama, pasukan Urban Permaculture Pockets dari Cultivate Central di Pulau Pinang sedang mencari peluang untuk berkongsi pengalaman mereka dalam membentuk semula landskap bandar berdasarkan prinsip dan reka bentuk permakultur. Matlamat mereka? Untuk membuktikan bahawa tanah bandar yang terbiar, tidak dimanfaatkan atau diabaikan boleh dihidupkan semula menjadi kebun makanan yang subur — menukar ruang bandar menjadi kawasan komuniti makanan di mana orang ramai boleh berkumpul untuk menanam, memasak dan berinovasi bersama.

The MPKK Perai and Cultivate Central teams after a gardening session Pasukan MPKK Perai dan Cultivate Central selepas sesi berkebun
The Catalyst Pencetus Perubahan
A grant programme by Think City, Leveling Up Seberang Perai proved to be the catalyst in connecting Sri and the Cultivate Central team. With a shared vision for this urban space to engage with and provide for the community, both Sri and Cultivate Central agreed to begin a journey of transforming the space.
Program geran Think City, Leveling Up Seberang Perai menjadi pencetus utama yang menghubungkan Sri dengan pasukan Cultivate Central. Dengan visi bersama untuk menghidupkan ruang bandar ini demi keterlibatan dan keperluan komuniti, kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan perjalanan transformasi kawasan tersebut.

All the community members we worked with during a Gotong Royong session at the beginning of the project Ahli-ahli komuniti yang terlibat semasa sesi Gotong-Royong pada permulaan projek
First, we needed a plan - one that would not only regenerate the space but ensure the community could maintain it for years to come.
We started by mapping the site, identifying available resources, and understanding the needs of the community alongside Sri.
A series of permaculture workshops were planned to guide the transformation, focusing around the following topics:
Pertama sekali, kami memerlukan satu pelan — bukan sahaja untuk memulihkan semula kawasan ini, tetapi juga memastikan komuniti dapat mengekalkannya untuk jangka masa panjang.
Kami bermula dengan memetakan tapak, mengenal pasti sumber yang ada, dan memahami keperluan komuniti bersama Sri.
Satu siri bengkel permakultur telah dirancang untuk membimbing proses transformasi ini, dengan fokus kepada topik-topik berikut:
- Soil Regeneration: Rehabilitating the soil for long-term health while implementing raised beds, banana circles, and layering techniques to optimise the available space. Pemulihan Tanah: Memulihkan kesuburan tanah untuk jangka masa panjang melalui penggunaan batas tinggi, lingkaran pisang dan teknik berlapis untuk mengoptimumkan ruang yang ada.
- Resourcefulness & Waste Reduction: Cultivating a mindset of recycling and upcycling, tapping into materials otherwise discarded or sent to landfills. Community contributions included dried leaves from the local council, flower stems from florists, cardboard, wheelbarrows, compost, coffee grinds, and donated plants. Kreativiti & Pengurangan Sisa:: Menerapkan pemikiran kitar semula dan guna semula, menggunakan bahan-bahan yang biasanya dibuang atau dihantar ke tapak pelupusan. Sumbangan daripada komuniti termasuk daun kering daripada pihak majlis, batang bunga dari kedai bunga, kotak kadbod, kereta sorong, kompos, hampas kopi, dan anak pokok yang didermakan.
- Closed-Loop Systems: Designing the space to sustain itself in the future - healthy soil, wicking beds, composting systems, and an upskilled community to keep it going. Sistem Kitaran Tertutup: Merancang kawasan agar mampu menyokong dirinya sendiri pada masa depan — tanah yang sihat, batas wicking, sistem kompos, dan komuniti yang mempunyai kemahiran untuk meneruskannya.
- Community Engagement & Mapping: Conducting workshops to teach soil building, observe and interact with the land, and identify community strengths to sustain the project. Additionally, we also identified what we call 'Community Movement Champions', or those who would be interested in learning and helping to sustain the garden through maintenance and upkeep in the long term. Penglibatan & Pemetaan Komuniti Mengadakan bengkel untuk mengajar teknik pembinaan tanah, memerhati dan berinteraksi dengan tanah, serta mengenal pasti kekuatan komuniti untuk menyokong kelangsungan projek. Kami juga mengenal pasti individu yang kami gelar sebagai ‘Wira Pergerakan Komuniti’, iaitu mereka yang berminat untuk belajar dan membantu menyelenggara kebun ini dalam jangka panjang.
- Purposeful Plant Selection: Choosing plants based on community needs, cultural relevance, and ecological benefits - such as providing shade, enriching soil, and offering more than one use. Pemilihan Tumbuhan yang Berstrategi: Memilih tumbuhan berdasarkan keperluan komuniti, kepentingan budaya, dan manfaat ekologi — seperti memberikan teduhan, menyuburkan tanah, dan mempunyai pelbagai kegunaan.

The community working together to mix soil and fill the raised brick beds in the early days of the Komuniti bekerjasama mencampur tanah dan mengisi batas bata yang dibina pada peringkat awal projek
Of course, a vision needs a design to bring it to life. The final design, grounded in permaculture principles, reflects an evolving landscape that adapts to available resources, community needs, and natural cycles.
Reka BentukSudah tentu, setiap visi memerlukan reka bentuk untuk menjadikannya kenyataan. Reka bentuk akhir ini, berasaskan prinsip permakultur, mencerminkan landskap yang sentiasa berkembang — menyesuaikan diri dengan sumber yang ada, keperluan komuniti dan kitaran semula jadi.

An iteration of the permaculture design for the space Salah satu versi reka bentuk permakultur untuk ruang ini
Evidence of Transformation Bukti Transformasi
Before & After Sebelum & Selepas
An aerial view of the plot before and after permaculture intervention Pemandangan udara kawasan sebelum dan selepas pelaksanaan permakultur
Community Collection of Materials
A great example of producing no waste was the collection of materials by the community which was all used to build the space.
Pengumpulan Bahan oleh KomunitiSalah satu contoh terbaik dalam amalan tanpa pembaziran adalah pengumpulan bahan oleh komuniti — semuanya digunakan untuk membina ruang ini.
A diverse range of skillsets, ages, cultural background and interests. Here are some stories of the community involved at the Kebun and how they play a role in and around the space.
Pelbagai latar belakang kemahiran, umur, budaya dan minat. Berikut adalah beberapa kisah ahli komuniti yang terlibat di Kebun ini dan bagaimana mereka memainkan peranan dalam dan sekitar ruang tersebut.







The Numbers
These figures are for the project period of January to June 2025 during which the Cultivate Central team co-created this Kebun with the community. Annual vegetables were available for harvest beginning late April to June. These vegetable plants have a lifespan of between 3 to 4 months. Perennial vegetables and fruits will take more time to yield harvests as the trees and plants take more time to mature. However, the benefits are that they will last many years depending on the variety.
Angka-Angka
Ini adalah angka sepanjang tempoh projek dari Januari hingga Jun 2025, di mana pasukan Cultivate Central bersama komuniti telah sama-sama membangunkan Kebun ini. Sayur-sayuran tahunan mula boleh dituai dari hujung April hingga Jun. Tumbuhan sayur jenis tahunan ini mempunyai jangka hayat antara 3 hingga 4 bulan. Manakala, sayur-sayuran dan buah-buahan jenis kekal (perennial) mengambil masa lebih lama untuk mengeluarkan hasil kerana pokok dan tanaman ini memerlukan masa untuk matang. Namun begitu, kelebihannya ialah ia boleh bertahan selama bertahun-tahun bergantung kepada jenisnya.
kg
kg
kg
Urban Permaculture Guides Panduan Permakultur Bandar
Permaculture Principles in Action Prinsip Permakultur Dalam Tindakan

The 12 Permaculture Principles from the World Permaculture Association 12 Prinsip Permakultur daripada Persatuan Permakultur Dunia
Soil Rehabilitation Pemulihan Tanah
The uneven terrain and poor soil quality required layering, sheet mulching, and incorporating organic matter. Browns (carbon), greens (nitrogen), and microorganisms were added to enrich the soil, retain water, and support plant growth. The space needed as much organic material as it could get.
Permukaan tanah yang tidak rata dan kualiti tanah yang rendah memerlukan kaedah berlapis, teknik 'sheet mulching', dan penambahan bahan organik. Unsur coklat (karbon), hijau (nitrogen), dan mikroorganisma ditambah untuk memperkayakan tanah, mengekalkan kelembapan, dan menyokong pertumbuhan tanaman. Ruang ini memerlukan sebanyak mungkin bahan organik yang boleh diperoleh.

Layering flower stems, dried leaves, cardboard and cocochips Pelapisan batang bunga, daun kering, kotak kadbod dan kepingan sabut kelapa (cocochips)
The layering method will also help create a more even surface and pathways to navigate through the garden while the soil underneath is given a chance to heal.
Kaedah pelapisan ini juga akan membantu meratakan permukaan dan membentuk laluan untuk memudahkan pergerakan di dalam kebun, sambil memberi peluang kepada tanah di bawahnya untuk pulih.
Systems Implemented Sistem yang Dilaksanakan
Upcycled plastic pallets used for a structured composting process to manage organic waste efficiently.
Pengkomposan 3-KompartmenPalet plastik yang dikitar semula digunakan untuk proses pengkomposan yang tersusun bagi menguruskan sisa organik dengan cekap.

Designed to capture water runoff and decompose organic matter while supporting banana trees and companion plants.
Bulatan Pisang (Banana Circles)Direka untuk menangkap aliran air dan menguraikan bahan organik sambil menyokong pertumbuhan pokok pisang dan tanaman teman (companion plants).

Self-watering raised beds that reduce water use and ensure consistent moisture levels for plants.
Katil WickingKatil tanaman bertingkat yang menyiram sendiri untuk mengurangkan penggunaan air dan memastikan tahap kelembapan tanaman kekal konsisten.

Rotational tasks and shared responsibilities ensure long-term sustainability and engagement.
Sistem Penyelenggaraan KomunitiTugas bergilir dan tanggungjawab bersama memastikan kelestarian jangka panjang dan penglibatan komuniti yang berterusan.

Purposeful Plant Selection Pemilihan Tanaman yang Bertujuan
We have over 30 types of plants at the Kebun. Choosing plants based on community needs, cultural relevance, and ecological benefits - such as providing shade, enriching soil, and offering multiple uses.
Example of Plants Selected
Terdapat lebih daripada 30 jenis tanaman di Kebun ini. Pemilihan dibuat berdasarkan keperluan komuniti, kepentingan budaya, dan manfaat ekologi – seperti memberikan teduhan, memperkayakan tanah, dan pelbagai guna.
Contoh Tanaman yang Dipilih

Vetiver
Soil stabilisation, erosion control, and natural pesticide properties.
Vetiver
Menstabilkan tanah, mengawal hakisan, dan mempunyai sifat racun serangga semula jadi.

Mexican Sunflower
Nitrogen fixer, compost accelerator, and pollinator attraction.
Bunga Matahari Mexico (Mexican Sunflower)
Pembekal nitrogen, mempercepat proses kompos, dan menarik pendebunga.

Citronella
Natural mosquito repellent and fragrant herb.
Citronella
Penghalau nyamuk semula jadi dan herba beraroma.

Eggplant
Edible and well-suited for tropical climates.
Terung
Boleh dimakan dan sesuai untuk iklim tropika.

Okra
Nutrient-rich vegetable and drought-resistant.
Bendi
Sayuran kaya nutrien dan tahan kemarau.

Chillies
Commonly used across all cooking cultures in Malaysia.
Cili
Digunakan secara meluas dalam semua budaya masakan di Malaysia.

Blue Pea
Soil-enhancing cover crop and edible flowers.
Bunga Telang (Blue Pea)
Tanaman penutup tanah yang memperkayakan tanah dan bunganya boleh dimakan.

Hibiscus
High in vitamin C and culturally significant.
Bunga Raya (Hibiscus)
Tinggi kandungan vitamin C dan mempunyai nilai budaya.

Marigold
Pest repellent and also culturally significant for the Indian community.
Marigold
Penghalau serangga dan signifikan untuk komuniti India.

Jackfruit
Shade provider and staple fruit source.
Nangka
Memberi teduhan dan sumber buah utama.

Moringa
Highly nutritious superfood with medicinal properties.
Moringa
Superfood yang sangat berkhasiat dan mempunyai khasiat perubatan.

Belimbing Buluh
Used primarily by the Malay community in various forms such as pickled.
Belimbing Buluh
Digunakan terutamanya oleh komuniti Melayu dalam pelbagai bentuk seperti jeruk.
Adapting Over Time Penyesuaian Mengikut Masa
The final design is ever-evolving. Resources fluctuate, and so do community needs. Adaptability ensures the longevity of the garden - whether it’s shifting seating spaces, finding alternative nitrogen sources, repurposing surplus materials as the space evolves and grows over time.
For now, this is what the Kebun Rasa Sayang looks like:
Reka bentuk akhir sentiasa berkembang. Sumber akan berubah, begitu juga keperluan komuniti. Kebolehsuaian adalah kunci untuk memastikan kebun kekal lestari – sama ada dengan mengubah susun atur tempat duduk, mencari sumber nitrogen alternatif, atau mengguna semula bahan lebihan seiring dengan perkembangan kawasan ini.
Buat masa ini, beginilah rupa Kebun Rasa Sayang:

An aerial view of the Kebun Rasa Sayang @ Perai food garden Pandangan dari udara Kebun Rasa Sayang @ Perai
Community-Driven Sustainability Kelestarian Dipacu Komuniti
Engaging with the community and leaders is key. This was done through a very informal process of chats with workshop participants and several conversations over time with Sri. Each conversation revealed more about the needs and wants of the community as well as the skillsets of each community member - essential to ensure the project is sustained over time and also evolves over time.
Linguistic Diversity: Malay, Tamil, and English are widely spoken.
Migrant Community: Some members bring farming expertise and attend workshops.
Penglibatan bersama komuniti dan pemimpin adalah sangat penting. Ini dilakukan melalui proses santai – berbual dengan peserta bengkel dan beberapa perbualan berterusan bersama Sri. Setiap perbualan membongkar lebih banyak keperluan dan kehendak komuniti serta kemahiran individu – penting untuk memastikan projek ini kekal dan berkembang dari semasa ke semasa.
Kepelbagaian Bahasa: Bahasa Melayu, Tamil, dan Inggeris digunakan secara meluas.
Komuniti Migran: Sebahagian ahli membawa kepakaran pertanian dan menghadiri bengkel.

Community member, Zhariff, adding more compost to limau kasturi trees Ahli komuniti, Zhariff, menambah kompos ke pokok limau kasturi
Stakeholders & Supporters Pihak Berkepentingan & Penyokong
Special thanks to funders and in-kind donors:
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyumbang dana dan penyumbang dalam bentuk barangan:

Think City Sdn Bhd

MOF

Penang State

MBSP

MPKK Perai

APPGM-SDG

Warisan Maju Global Sdn Bhd

Ragnas Tailoring

JMB Prai Inai Condo

KADUN Perai
This community-driven approach has transformed a dormant space into a thriving urban food garden. By reimagining, regenerating, restoring, and rehabilitating, Kebun Rasa Sayang @ Perai continues to grow as a shared food commons - nurturing people, plants, and possibilities.
We'd also like to extend a special thanks to:
- Salma Khoo, Hooi Lay from Taman Jajar Sungai Kelian and the Tropical Spice Garden for sharing plants and seedlings with us - many of which are now thriving at the Kebun.
- Our friends at Daily Dose Cafe and Kanopi Cafe for sharing plenty of coffee grinds with us for this project
Pendekatan yang dipacu oleh komuniti ini telah mengubah sebuah kawasan terbiar menjadi kebun makanan bandar yang subur. Dengan membayangkan semula, menjana semula, memulihkan dan merehabilitasi, Kebun Rasa Sayang @ Perai terus berkembang sebagai ruang makanan bersama – menyuburkan manusia, tumbuhan dan potensi.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan khas kepada:
- Salma Khoo, Hooi Lay dari Taman Jajar Sungai Kelian dan Tropical Spice Garden kerana berkongsi tumbuhan dan anak benih bersama kami – kebanyakannya kini sedang subur membesar di Kebun.
- Rakan-rakan kami di Daily Dose Cafe dan Kanopi Cafe kerana berkongsi banyak hampas kopi untuk projek ini.